SUBANG JAYA, 15 Mac 2025 - Anak-anak Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Gesir (ASKA Gesir) hari ini telah diraikan dengan dibawa untuk membeli baju dan kasut Hari Raya di Pasar Raya Mydin Subang Jaya.
Tajaan baju dan kasut Hari Raya ini adalah daripada Puan Sri Hajah Zurina, Puan Hajah Mona, Puan Hajah Lin dan rakan-rakan beliau. Selepas selesai memilih dan membeli baju dan kasut, anak-anak ASKA Gesir ini turut menerima duit raya.
Kepada para penyumbang budiman, kami doakan semoga sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kebaikan & kesihatan, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat & bertambah rezeki yang barakah.