- Hit: 36
Intipati laporan dipetik daripada Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
KG GESIR TENGAH, 3 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program Perkhemahan Integrasi dan Pertandingan Tunas Pertahanan Awam (TUSPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 di YBK Global Camp. Seramai 204 orang pelajar yang terdiri daripada 112 orang pelajar lelaki dan 92 orang pelajar perempuan daripada seluruh negara telah mengambil bahagian.
Program telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 1hb hingga 3hb Oktober 2024. Majlis penutup telah disempurnakan olehย YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA.
Turut hadir adalahย YS Lt. Kol. (PA) Lokman Hakim bin Abd Rahman, Komandan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), YBhg. Kol. Bersekutu (PA) Dato' Ong Theng Soon, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA), Lt. Kol. (PA) Ahmad Aliuddin bin Mohd Amin, Ketua Cawangan Pasukan Sokongan Bahagian Pengurusan Angkatan, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Khamarul Ariffin Zainal, Setiausaha Agong Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA), PPj. (PA) Dato' Shahrom bin Osman, Pertubuhan Sahabat Pertahanan Awam (PeSPA), En. Ong Gim Huat, Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, Pn. Norfazilah binti Rosdi, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Lt. Bersekutu (PA) Mohd Syamim Azri bin Mustapa, Ketua Sekreteriat TUSPA Kebangsaan bersama guru-guru pengiring, urusetia program serta pegawai dan anggota APM Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Gambar: Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
ย