- Hit: 47
KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2024 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah bersiaran dalam rancangan Ruang Bicara Bernama TV dengan tajuk "Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan" sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa 2024.
Beliau semasa ditemu ramah oleh pengacara Hillman Jamil menyeru YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim agar mempertimbang untuk menjadikan tarikh 17hb Oktober yang merupakan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa diangkat di peringat nasional untuk disambut.
YBhg. Dato' Pengerusi YBK juga memuji inisiatif-inisiatif pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Madani dan sempena Belanjawan 2025 yang akan dibentang, berharap agar NGO-NGO diberi peranan yang lebih besar dan dilibatkan secara aktif dalam pengurusan serta pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan oleh kerajaan.
Program telah dihoskan oleh Saudara Hillman Jamil dan turut menampilkan Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid dari Universiti Kuala Lumpur selaku ahli panel.
Rakaman penuh boleh ditonton di https://lnkd.in/gWwDfxWF
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
CHAIRMAN OF YBK AT BERNAMA TV'S FORUM IN CONJUNCTION WITH INTERNATIONAL DAY FOR THE ERADICATION OF POVERTY
KUALA LUMPUR, 16 October 2024 - Chairman of the Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom was broadcast on Bernama TV's Ruang Bicara programme titled "Eradication of Poverty Builds Well-being" in conjunction with the International Day for the Eradication of Poverty 2024.
In an interview with host Hillman Jamil, he called on YAB Prime Minister Dato' Seri Anwar Ibrahim to consider making 17th October, which is the International Day for the Eradication of Poverty, a national commemoration to be celebrated.
Ybhg. Dato' Chairman also praised the poverty eradication initiatives implemented by the Madani Government and in conjunction with the upcoming Budget 2025, hoped that NGOs would be given a greater role and be actively involved in the management and implementation of poverty eradication programmes by the government.
The program was hosted by Mr. Hillman Jamil and also featured Assoc. Prof. Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid from the University of Kuala Lumpur as a panelist.