- Hit: 86
HULU LANGAT, 6 Oktober 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) selaku rakan kerjasama 'Program Keluarga Cergas, Minda Cerdas, Jiwa Merdeka' telah membuka gerai pameran yang merupakan sebahagian siri Jelajah Sejuta Harapan 34 Tahun YBK bertemu masyarakat.
Para peserta program berkesempatan untuk mendapatkan maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan YBK yang tersedia. Program ini adalah anjuran Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz, ADUN Dusun Tua.
Program ini menampilkan acara utama 'Fun Walk' dan acara-acara sukaneka bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat khususnya kepada penduduk Taman Sri Nanding melalui inisiatif Pengerusi Persatuan Penduduk, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz merangkap Pengurus Besar YBK.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan