- Hit: 92
KELANA JAYA, 14 Ogos 2024 - Selepas 14 sesi Kursus Asas Neuro-Linguistic Programming (NLP), 9 orang karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang mengikuti sesi telah menerima sijil tamat kursus.
Sijil disampaikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan disaksikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK merangkap Jurulatih yang menyampaikan Kursus NLP Asas untuk karyawan YBK.
Dato' Pengerusi dalam ucapannya ketika Mesyuarat Semangat Mendaki menyeru semua karyawan YBK yang belum mengikuti kursus untuk hadir dalam sesi yang akan datang, dan beliau sendiri menyatakan hasrat untuk turut serta.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan