- Hit: 131
SHAH ALAM, 27 Jun 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Koordinasi untuk perancangan melaksanakan Program Women Economic Forum (WEF) 2025 Malaysia.
Mesyuarat dipengerusi oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman selaku Pengerusi G100 Philanthropy Business Poverty Eradication Wing. Antara perkara yang dibincangkan adalah tema program, serta rangka awal pengisian dan pembentukan jawatankuasa.
Program WEF 2025 dirancang untuk diadakan pada pertengahan tahun 2025 dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare selaku urus setia bersama.
Gambar: Facebook Page Yayasan Basmi Kemiskinan