- Hit: 102
SHAH ALAM, 27 Jun 2024 - Pagi ini telah berlangsung sesi Perbincangan dan Sumbang Saran bagi mendapatkan cadangan pengisian Program B.Lead'Her Network Academy dan Trans-Pacific Africa Chamber of Commerce & Industry (TPACCI).
Antara rakan strategik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang hadir melontarkan cadangan adalah Institut Penyelidikan Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia yang dihadiri oleh Pengarahnya, Profesor Dr. Haslinda Abdullah dan Dr. Syafila Kamarudin (Ketua Laboratori Generasi Siber IPSAS) dan wakil dari Benevolent Malaysia.
Sesi dimulakan dengan aluan daripada Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan sesi kemudiannya diambil alih oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan merangkap Sector Committee Chair for Women, Youth, Gender, and Diversity TPACCI).
YBhg. Datin telah menerangkan kepada hadirin berkenaan latar belakang B.Lead'Her dan TPACCI dan objektif sesi sumbang saran pada pagi ini. Turut hadir, wakil dari YBCare, Ketua-Ketua Jabatan YBK, Pengetua Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir, dan pegawai Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd selaku urus setia mesyuarat.
Cadangan yang telah dibincangkan pada pertemuan pertama sebelum ini diperhalusi lagi dengan penambahan cadangan-cadangan baharu untuk Program bersama B.Lead'Her yang menumpukan aktiviti kepada kumpulan wanita, dan program bersama TPACCI yang merangkumi program untuk wanita, belia, dan komuniti merentas kepelbagaian.
Cadangan dan input yang diterima akan diterjemahkan dalam bentuk kertas kerja sebelum dibentangkan kepada pihak B.Lead'Her dan TPACCI.
Gambar: Facebook Page Yayasan Basmi Kemiskinan