- Hit: 242
KELANA JAYA, 19 April 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah mendengar pembentangan daripada Dr. Nurul Nadiah Sahimi (Dekan, Sekolah Pendidikan Saito University College) berkenaan cadangan permohonan geran penyelidikan dan juga pembentukan kumpulan penyelidikan YBK.
Hadir mendengar pembentangan adalah YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK) dan Encik Mohd Ikmalul Imtihan (Yayasan Bina Kesejahteraan). Turut bersama ialah Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Norleza Hambali (Pengurus Jabatan Pentadbiran dan Pendidikan YBK), serta Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).
Pembentangan ini adalah lanjutan daripada perbincangan awal pada 15 April untuk YBK membangunkan keupayaan penyelidikan secara aktif, formal dan tersusun di peringkat organisasi, di samping kolaborasi dengan rakan strategik juga komuniti.
Dato' Pengerusi secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan mewujudkan kumpulan penyelidikan YBK dengan mengupayakan kepakaran dan pengalaman daripada Dr. Nurul Nadiah dan kumpulannya. Beliau mahu YBK lebih ke depan dalam lapangan penyelidikan dan menghasilkan data dan dapatan yang berkualiti serta berimpak.
Perbincangan lanjutan peringkat teknikal serta taklimat kepada ALPA YBK akan diadakan dalam masa terdekat.
Gambar: Facebook Page Yayasan Basmi Kemiskinan