- Hit: 279
PETALING JAYA, 15 April 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melalui Pengurus Besar, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mengadakan perbincangan awal untuk mengenal pasti geran penyelidikan program serta kerjasama bersama institusi pendidikan.
Perbincangan adalah bersama Dr. Nurul Nadiah Sahimi (Dekan Fakulti Pendidikan dan Bahasa Moden Saito University College) dan Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia). Turut hadir, Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).
Beberapa geran penyelidikan daripada institusi tempatan dan luar negara telah dikenal pasti dengan fokus kepada program-program berimpak yang melibatkan pendidikan dan pelajar, di samping penglibatan rakan-rakan strategik yang bersesuaian serta pembentukan kumpulan penyelidik yang tersusun.
Permohonan geran penyelidikan ini adalah antara strategi YBK untuk membangunkan keupayaan penyelidikannya, juga mengukuhkan peranannya selaku peneraju program pembasmian kemiskinan dan kesejahteraan di peringkat tempatan juga antarabangsa.
Perbincangan terperinci dijangka akan diadakan pada 17 April 2024.