KELANA JAYA, 8 April 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare) telah menandatangan perjanjian persefahaman (MoU) bersama B’Lead Her Academy (B’Lead) dari negara Cameroon. Ini adalah susulan daripada perbincangan pertama pada 4 April 2024.

YBK diwakili oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, manakala YBCare diketuai oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi YBCare). Turut menyaksikan, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Puan Janita Aga Mohd Jaladin (Pegawai Undang-Undang YBK/YBCare). Pihak B’Lead mengikuti sesi melalui sidang video.

MoU ini menumpukan kepada perkongsian kepakaran teknikal dan pembangunan untuk menggerakkan program bagi membina upaya 1 juta wanita. Fokus program adalah dalam bidang pendidikan, latihan, keusahawanan dan pembasmian kemiskinan.


Gambar: Facebook Page Yayasan Basmi Kemiskinan


 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;