HULU LANGAT, 11 Mac 2024 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2024 daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Pengasas YBK) telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) mewakili YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program SKR) kepada 4 buah keluarga di kawasan Hulu Langat dalam sesi Ziarah Sinar Kasih Ramadhan 2024 bersama rakan media.

Penerima sumbangan adalah seperti berikut;


Encik Abdul Malek bekerja sebagai anggota sementera RELA dengan pendapatan RM360 sebulan.

Isteri beliau, Puan Noraida tidak bekerja, kini terlantar akibat kecederaan parah disebabkan kemalangan di Bukit Ampang pada Oktober 2022. Kesan diterima adalah kecederaan di kaki tangan, lutut dan tangan kiri, dan dipasang besi.

Encik Abdul Malek tidak mampu melakukan kerja-kerja berat akibat kecederaan di leher di mana banyak urat yang terpaksa dibuang dan menyebabkan komplikasi ketegangan urat. Selain itu, Encik Abdul Malek juga patah tulang rusuk.

Pasangan ini memiliki 3 orang anak yang bersekolah di SMK Abdul Jalil (2 orang) dan SK Dusun Tua (seorang). Kediaman di Batu 20 Kampung Sungai Congkak ini disewa dengan bayaran RM500 sebulan, ditanggung oleh pihak Zakat yang turut memberi bantuan lampin pakai buang.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) kepada Encik Abdul Malek. Turut bersama menyaksikan penyerahan adalah Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Dusun Tua), Encik Halim (Pejabat ADUN Dusun Tua) dan rakan media.


Suami Puan Bijeh Abdullah, Encik Jani meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja semasa sedang membaiki mesin di kuari Sungai Long.

Puan Bijeh mempunyai 4 orang anak hasil perkongsian hidup bersama arwah En. Jani. Anak ke-2 dan ke-3 adalah OKU dan mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Keluarga ini mendapat bantuan RM500, dan kediaman daripada Zakat. Beliau tidak bekerja kerana perlu menjaga anak bongsunya yang berumur 5 tahun.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) kepada Puan Bijeh. Turut bersama menyaksikan penyerahan adalah Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Dusun Tua), Encik Halim (Pejabat ADUN Dusun Tua) dan rakan media.


En. Halim menyara keluarganya dengan bekerja mengutip hasil-hasil hutan untuk jualan dan kerja-kerja kampung yang lain dengan pendapatan sekitar RM 400 sebulan.

Isteri beliau, Pn. Selimah tidak bekerja dan menghidap sakit darah tinggi. Salah seorang anak mereka merupakan OKU masalah pembelajaran. Keluarga ini tinggal di kediaman yang dibina oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (kini dikenali dengan nama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah).

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib diserahkan oleh Encik Halim iaitu pegawai Pejabat ADUN Dusun Tua dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Dusun Tua), Encik Anas Mushdi Abdul Aziz (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kuala Pomson), dan rakan media.


Encik Mohd Nazri yang melakukan kerja-kerja kampung bagi menyara keluarganya hanya mampu memperolehi sekitar RM700 sebulan.

Dengan pendapatan yang diperoleh, beliau menanggung isterinya, Puan Adriani dan 7 orang anak. Puan Adriani tidak bekerja dan merupakan suri rumah. Keluarga ini tinggal di Kampung Kuala Panson Batu 22 1/2.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan Yayasan Basmi Kemiskinan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) kepada Puan Adriani. Turut bersama menyaksikan penyerahan adalah Encik Anas Mushdi Abdul Aziz (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kuala Pomson), dan rakan media.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;