- Hit: 123
HULU LANGAT, 11 Mac 2024 - Hari ini telah berlangsung sesi Ziarah Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2024 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), bagi menyerahkan sumbangan SKR kepada keluarga miskin tegar terpilih di daerah Hulu Langat. Dalam sesi hari ini, empat keluarga telah menerima sumbangan.
Ziarah bermula dengan rakan-rakan media, guru, pegawai serta sukarelawan berkumpul di bangunan PPKI SK Dusun Tua sebelum bergerak bersama secara konvoi ke rumah-rumah penerima sumbangan di sekitar kawasan Kampung Sungai Congkak, KOA Kampung Padang, dan Kampung Kuala Panson.
Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mewakili YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program SKR) untuk menyerahkan sumbangan kepada keempat-empat keluarga.
Turut bersama adalah Encik Halim iaitu pegawai Pejabat ADUN Dusun Tua, YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz, Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran YBK merangkap Koordinator Program SKR), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Dusun Tua), Encik Anas Mushdi Abdul Aziz (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kuala Pomson), dan wakil-wakil media.
Untuk tahun ini, YBK menyasarkan 200 buah keluarga miskin tegar untuk dibantu dalam program SKR ini, bergantung kepada sumbangan yang diterima. Serahan SKR akan dilaksanakan oleh para karyawan dan sukarelawan YBK mengikuti fasa.
Gambar: Facebook Page Yayasan Basmi Kemiskinan