KELANA JAYA, 9 Februari 2024 - Di pagi hari Jumaat yang berkat ini, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 1445H/2024M di Rumah YBK Kelana Jaya.

Program tahunan YBK menjelang bulan Ramadan ini memasuki tahun ke-16 pada tahun 2024. Sehingga tahun 2023, seramai 3,927 keluarga telah menerima manfaat sumbangan dan untuk tahun ini YBK menyasarkan untuk membantu 200 keluarga yang layak mengikut kriteria-kriteria yang digariskan.

Majlis bermula pada jam 10:30 pagi dengan ucapan aluan daripada pengacara tetap majlis, Dato' Hashim Anang (Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Media Karangkraf). Selepas bacaan doa oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir), hadirin telah mendengar ucapan daripada Pengerusi Program SKR, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman.

Dalam ucapannya, YBhg. Datin telah memberi penerangan berkenaan latar belakang dan sasaran program SKR, dan menyeru masyarakat dan korporat untuk menyumbang kepada program ini untuk membantu keluarga miskin terpilih menyambut Ramadan tanpa perlu berduka.

Antara tetamu yang hadir adalah YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK) dan isteri; YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK); Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); wakil rakan-rakan strategik daripada Mamee, Majlis Belia OKU Malaysia, Kelab Beliawanis Sri Sepang, Badan Amal Warga Asnaf (BAWA), dan ramai lagi.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dalam ucapannya menyentuh berkenaan kemiskinan sikap di kalangan masyarakat dan inisiatif YBK untuk mengatasi cabaran ini melalui program-program yang disusun seperti program SKR ini.

Kemudian YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyampaikan ucapan beliau dengan mengulas inti pati ucapan Pengerusi YBK dan cabaran masyarakat pada hari ini, dan seterusnya melancarkan Program Sinar Kasih Ramadhan secara rasminya.

Hadirin kemudiannya diperlihatkan tayangan video ringkas Program SKR disusuli dengan sesi menanda tangan surat setuju kerjasama antara YBK dan Mamee-Double Decker yang diwakili oleh Encik Mohd Hirwan bin Hassan Basri (Penolong Pengarah Perhubungan Kerajaan).

Majlis disempurnakan dengan penyampaian cek sumbangan daripada beberapa penyumbang, sesi fotografi dan sidang media sebelum hadirin dijemput untuk jamuan makan tengah hari.

Borang sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 1445H/2024M boleh dimuat turun di pautan


Gambar: Facebook Page YBK • Liputan Media: Berita Wilayah RTM; Kosmo; Sinar Harian; BERNAMA • Muat Turun Kenyataan Media


SINAR KASIH RAMADHAN 1445H/2024M LAUNCHING

KELANA JAYA, 9 February 2024 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) held the Launching Ceremony of the Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 1445H/2024M Programme at Rumah YBK Kelana Jaya.

The annual YBK program ahead of the month of Ramadan is entering its 16th year in 2024. As of 2023, a total of 3,927 families have received contribution benefits and for this year YBK aims to assist 200 eligible families according to the criteria outlined.

The ceremony began at 10:30 a.m. with a welcoming speech from the Master of Ceremony, Dato' Hashim Anang (Manager of Special Tasks of the Karangkraf Media Group). After the recitation of the prayer by Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Principal of the Asrama Kasih YBK Gesir), the attendees listened to the speech from the Chairman of the SKR Programme, YBhg. Datin Dr Hajah Hartini Osman.

In her speech, YBhg. Datin has briefed on the background and targets of the SKR program, and called on the community and corporate to contribute to this program to help selected poor families celebrate Ramadan without having to grieve.

Among the guests present were YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Founder of YBK) and his wife; Ybhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK); Mr. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid and Mr. Zainal Mohd Jais (Board of Trustees); representatives of strategic partners from Mamee, the Malaysian OKU Youth Council, the Kelab Beliawanis Sri Sepang, the Badan Amal Warga Asnaf (BAWA), and many more.

Chairman of YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom in his speech touched on the poverty attitude among the community and the YBK's initiative to overcome these challenges through programmes organised such as the SKR programme.

Then YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib delivered his speech by commenting on key points of the YBK Chairman's speech and the challenges of the community today, and subsequently officially launching the Sinar Kasih Ramadhan Programme.

Attendees were then shown a brief video presentation of the SKR Programme followed by the signing of a letter agreeing cooperation between YBK and MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd represented by Encik Mohd Hirwan bin Hassan Basri (Assistant Director of Government Relations).

The ceremony was officiated with the presentation of contribution cheques from several contributors, photography sessions and press conferences before attendees were invited to luncheon.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;