- Hit: 160
GENTING HIGHLAND, 3 Februari 2024 - Pagi ini telah berlangsung satu Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), King's Park Genting Highlands dan Cornell Academy Malaysia.
MoU ini adalah bagi melaksanakan pendanaan bagi membangunkan sebuah pusat latihan dan perlindungan Orang Kurang Upaya (OKU) Mental 'Happy Nest' untuk Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan (PKKII), dan juga tajaan 1,000 biasiswa dan peluang melanjutkan pelajaran ke Cornell Academy kepada pelajar-pelajar YBK.
Untuk tujuan membangunkan pusat OKU ini, pihak King's Park telah menyumbang tapak tanah seluas 7.75 ekar dan bersama-sama YBK akan membantu dari aspek menguruskan pendanaan untuk membangunkan pusat ini. Sebagai menghargai komitmen YBK, pihak King's Park melalui Cornell Academy bersetuju menaja 1,000 biasiswa melanjutkan pelajaran dalam bidang hospitaliti dan penyelenggaraan bangunan.
Untuk proses tandatangan MoU, YBK telah diwakili oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK). Turut hadir, Encik Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), serta Ketua-Ketua Outlet dan karyawan bertugas.
Dalam ucapannya, Dato' Zainal melahirkan penghargaan beliau dan YBK atas kesudian King's Park, Cornell Academy dan PKKII bersama dalam membangunkan projek yang akan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan iaitu OKU mental.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan sulung RM 100 ribu oleh sebuah syarikat kepada YBK untuk projek ini, persembahan istimewa anak-anak PKKII, sesi bergambar dan sidang media sebelum semua hadirin beransur untuk jamuan makan tengah hari.
Gambar: Facebook Page YBK • Liputan Media: Kosmo; NST; The Sun • Muat Turun Kenyataan Media
MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MoU) CEREMONY, KING'S PARK, PKKII AND CORNELL ACADEMY
GENTING HIGHLAND, 3 February 2024 - This morning, a Memorandum of Understanding (MoU) signing ceremony was held between Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), King's Park Genting Highlands and Cornell Academy Malaysia.
The MoU is to implement funding to develop a training and protection centre for the Disabled Persons (OKU) Mental 'Happy Nest' for the Human Special Child Welfare Association (PKKII), as well as the sponsorship of 1,000 scholarships and opportunities to further their studies at Cornell Academy to YBK students.
For the purpose of developing the disabled centre, King's Park has contributed 7.75 acres of land and together with YBK will assist in managing the funding to develop the centre. In recognition of YBK's commitment, King's Park through Cornell Academy agreed to sponsor 1,000 scholarships to further their studies in hospitality and building maintenance.
For the signing process of the MoU, YBK was represented by YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK). Also present were Mr. Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Haji Khalid and Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); Datin Dr (h.c) Hartini Osman Osman (NLA Administration Adviser), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), as well as Heads of Outlets and employees on duty.
In his speech, Dato' Zainal expressed his appreciation and YBK for the willingness of King's Park, Cornell Academy and PKKII together in developing a project that will benefit the needy, namely the mentally disabled.
The ceremony continued with the presentation of the inaugural RM 100 thousand contribution by a company to YBK for this project, special performances of PKKII children, photo sessions and press conferences before all the attendees went on for lunch.