KELANA JAYA, 18 Januari 2024 - Bagi memantapkan lagi gerak kerja Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), telah berlangsung sesi Perbincangan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2023 dan Penetapan KPI 2024 pagi ini.

Sesi ini adalah bagi menilai pencapaian setiap Jabatan dan Outlet YBK pada tahun 2023, mengenal pasti isu serta cabaran yang dihadapi, dan seterusnya menetapkan sasaran kerja bagi tahun 2024.

Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK telah meneliti pembentangan daripada setiap Ketua Jabatan dan Outlet, serta memberikan maklum balas beliau atas perkara-perkara yang dibangkitkan. Setiap Ketua Jabatan dan Outlet juga diberi ruang untuk memberikan maklum balas dan cadangan bagi memantapkan lagi gerak kerja YBK pada tahun 2024.

Hadir dalam sesi ini adalah Puan Rozita Arbain (Pengurus Kewangan dan Pembangunan Aset); Puan Norleza Hambali (Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan); Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam), Puan Nurfadilah Ibrahim (Akademi Kemahiran YBK) dan Encik Asuad Ismail (YBK Global Camp).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;