- Hit: 128
SERENDAH, 28 Disember 2023 - Pagi ini Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad (MyOKU) telah mengadakan lawatan tapak di Bukit Tasek Serendah, lanjutan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor Berhad (Ko-Kasih) pada 1 Disember 2023.
Kedua-dua koperasi akan mengusahakan aktiviti pertanian, penternakan dan pelancongan di kawasan seluas 60 ekar di Bukit Tasik Serendah, menjadi sebuah kawasan Agro-Pelancongan.
Hadir di lawatan tapak, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Koperasi Ko-Kasih), Encik Muhamad Asyraf Mahat (Pengerusi Koperasi MyOKU), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan para pegawai daripada Ko-Kasih, MyOKU, YBK dan Majlis Belia Malaysia.