BANGI, 20 Disember 2023 - Sepanjang hari ini telah berlangsung Kongres Menoktah Kemiskinan yang membawa tema "Peranan Sektor Ketiga" di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Kongres sehari ini dianjurkan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Benevolent Malaysia, dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Tenaga Nasional, dan Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare).

Kongres bermula dengan sesi perbincangan meja bulat (RTD) pada sebelah pagi. Sesi RTD didahului dengan ucapan daripada YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Jawatan Kuasa Kongres) diikuti oleh taklimat perjalanan RTD oleh Prof. Dr. W.A. Amir Zal (Pengarah INSPEK UMK). Sesi RTD telah menerima penyertaan daripada 63 orang peserta daripada 37 organisasi kerajaan, swasta dan NGO serta pemimpin masyarakat.

Selepas rehat di sebelah tengahari, Kongres diteruskan dengan sesi Forum menampilkan ahli panel iaitu Datuk Nadzim Johan (ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia); Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi; dan Puan Ir. Mazliza Zahari (Ketua Hal Ehwal Korporat TENAGA NASIONAL BERHAD). Forum berlangsung selama satu jam setengah.

Majlis Perasmian Penutup Kongres dimulakan sebaik selesai sesi Forum. YBhg. Datuk Mohd Razlan Rafii, Setiausaha Politik Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah hadir mewakili YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Dalam ucapannya yang dibacakan oleh YBhg. Datuk Mohd Razlan, YAB Timbalan Perdana Menteri menegaskan tanggungjawab serta peranan menoktahkan kemiskinan tidak boleh dibebankan semata-mata ke atas kerajaan, sebaliknya semua pihak perlu bertanggungjawab dan bekerjasama untuk menjayakannya. Beliau kemudiaannya merasmikan penutup Kongres Menoktah Kemiskinan.

Sebelum itu YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) telah menyampaikan ucapan aluannya dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman telah membacakan Resolusi Kongres. Majlis diakhiri dengan penyampaian Resolusi Kongres dan Buku Gerak Kerja 33 Tahun YBK kepada YBhg. Datuk Mohd Razlan serta cenderahati daripada pihak penganjur.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;