- Hit: 136
KELANA JAYA, 1 Disember 2023 - Hari ini telah berlangsung Majlis Menandatangan Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor Berhad (Ko-Kasih) dengan Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad (MyOKU).
Menerusi MoU ini, kedua-dua koperasi akan mengusahakan aktiviti pertanian, penternakan dan pelancongan di kawasan seluas 60 ekar di Bukit Tasik Serendah. Secara berperingkat, kawasan ini akan ditransformasikan menjadi sebuah kawasan Agro-Pelancongan.
Majlis bermula dengan ucapan aluan daripada Datuk Hashim Anang selaku juru acara. Ini disusuli dengan ucapan daripada YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Koperasi Ko-Kasih), diikuti ucapan daripada Encik Muhamad Asyraf Mahat (Pengerusi Koperasi MyOKU) dan ucapan YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK merangkap penaung Koperasi Ko-Kasih).
Turut hadir bersama adalah Encik Syazan Afifi (Penolong Pengarah Kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Selangor), Encik Hasnul Haniff Harun (Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia), Dr. Abdul Fatah Haji Khalid dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), serta wakil-wakil media, pegawai YBK, Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. , Koperasi Ko-Kasih dan MyOKU, dan tetamu jemputan.
Tandatangan MoU telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Hartini mewakili Koperasi Ko-Kasih dan Encik Muhamad Asyraf mewakili Koperasi MyOKU. Majlis diakhiri dengan sidang media dan jamuan makan tengah hari.