- Hit: 185
PUTRAJAYA, 27 November 2023 - YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah dijemput untuk memberikan perkongsian dalam Program Diskusi Strategik Pemerkasaan Wanita Siri 6: Pembasmian Kemiskinan Melalui Perlindungan Sosial anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Beliau telah memberikan perkongsian dalam tajuk Pembasmian Kemiskinan Melalui Perlindungan Sosial Daripada Perspektif NGO, dengan tumpuan kepada inisiatif-inisiatif YBK membasmi kemiskinan dan memberi perlindungan sosial kepada kumpulan sasar.
Selain YBhg Datin, pembentang yang lain terdiri daripada wakil Kementerian Ekonomi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Diskusi ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada kementerian dan jabatan, agensi kerajaan, serta persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi pemegang taruh kepada hal-ehwal wanita, keluarga dan masyarakat.