KRUBONG (MELAKA), 29 Oktober 2023 - Telah berlangsung Program Larian Ceria 5KM Sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa di Kompleks Sukan Hang Jebat, dengan penglibatan lebih 2,000 orang peserta pelbagai peringkat umur. Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merupakan penganjur bersama Program ini bersama firma Active Nations di samping sokongan daripada Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Perpaduan.

Objektif Program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa, di samping menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah larian.

Program bermula seawal jam 6.30 pagi di mana para peserta telah mula membanjiri stadium untuk mendaftarkan diri sebelum larian dimulakan. Turut hadir menyertai dan memberi sokongan, Encik Zulhairy Jalaluddin dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ketua-Ketua Jabatan YBK dan wakil dari outlet YBK.

Pelepasan peserta dilaksanakan pada jam 7:15 pagi oleh YB Datuk Hajjah Kalsom Noordin (EXCO Hal-Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga, dan Kebajikan) yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka, bersama-sama YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali (Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka). Sebelum itu para peserta telah melakukan pemanasan badan melalui aktiviti Zumba.

Dato' Zainal Abidin Sakom dalam ucapannya kepada para peserta menyentuh berkenaan Hari Pembasmian Kemiskinan, dan falsafah di sebalik sukan larian iaitu simbolik untuk masyarakat 'lari' daripada kemiskinan.

Dalam program ini juga, YBK telah menyumbang 50 buah Kotak Rezeki untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan. Turut berlangsung adalah cabutan bertuah yang dilaksanakan sebaik sahaja peserta menamatkan larian.


5KM FUN RUN IN CONJUNCTION WITH WORLD POVERTY ERADICATION DAY 2023

KRUBONG (MELAKA), 29 October 2023 - The 5KM Cheerful Run Programme was held in conjunction with the International Poverty Eradication Day at Hang Jebat Sports Complex, with the involvement of more than 2,000 participants of various ages. Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) is a co-organiser of the Programme with Active Nations firms as well as support from the Melaka State Government and Unity Department.

The objective of this Programme is to raise public awareness on the International Poverty Eradication Day, as well as to promote a healthy lifestyle through leisure activities.

The programme began as early as 6.30am where participants had started flooding the stadium to register before the run began. Also present to join and support, Encik Zulhairy Jalaluddin and Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (NLA General Manager), Heads of YBK Departments and representatives from YBK outlets.

The release of the participants was carried out at 7.15 am by YB Datuk Hajjah Kalsom Noordin (EXCO Women's Affairs, Family Development, and Welfare) representing the Chief Minister of Melaka, together with YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK) and YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali (President of the Malacca Youth Coalition Council). Prior to that, the participants had done a warm-up through Zumba activities.

Dato' Zainal Abidin Sakom in his speech to the participants touched on the Day of Poverty Eradication, and the philosophy behind the sport of running which is symbolic for the community to 'run' from poverty.

In this programme, YBK has contributed 50 boxes of Kotak Rezeki to be handed over to those in need. Also taking place is a lucky draw that is carried out as soon as the participant finishes the run.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;