KAJANG, 17 Oktober 2023 - Sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa yang jatuh pada tarikh 17 Oktober, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Benevolent Malaysia telah mengadakan sesi khas 'Bicara Menoktah Kemiskinan' melalui pelantar Facebook Live.

Sesi secara langsung ini menampilkan tiga tokoh iaitu YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), Encik Khalid Al-Walid Mustafa Kamil (Pengasas - Philandure), serta Encik Muhamad Hanapi Jamaludin (Presiden Benevolent Malaysia) selaku moderator.

Selama satu setengah jam sesi berlangsung, panel-panel jemputan telah memberikan perkongsian pengalaman berserta pendapat berkenaan isu-isu pembasmian kemiskinan mutakhir.

Antara perkara yang disentuh adalah berkenaan peranan pemegang taruh, NGO sebagai sahabat kepada kerajaan, keperluan untuk mempunyai definisi yang tepat berkenaan kemiskinan, serta pujian serta sokongan kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia yang telah mengangkat agenda pembasmian kemiskinan dan iltizam beliau menoktah kemiskinan tegar pada tahun ini.

Tujuan Bicara Menoktah Kemiskinan ini adalah untuk memberi kesedaran berkenaan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa kepada masyarakat kerana masih ramai yang tidak tahu berkenaan perkara ini, di samping mendidik masyarakat untuk cakna kepada isu-isu pembasmian kemiskinan.

Video penuh Bicara Menoktah Kemiskinan boleh ditonton di pautan ini .


BICARA MENOKTAH KEMISKINAN YBK - BENEVOLENT MY

KAJANG, 17 October 2023 - In conjunction with the International Poverty Eradication Day which falls on 17 October, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) with Benevolent Malaysia has held a special session on 'Bicara Menoktah Kemiskinan' via Facebook Live.

The live session featured three figures, namely YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman Osman (Chairman of Yayasan Bina Wellness), Encik Khalid Al-Walid Mustafa Kamil (Founder - Philandure), as well as Encik Muhamad Hanapi Jamaludin (President of Benevolent Malaysia) as moderators.

During the one-and-a-half hour session, the invited panels shared experiences and opinions on the latest poverty eradication issues.

Among the matters touched are the role of stakeholders, NGOs as friends to the government, the need to have an accurate definition of poverty, as well as praise and support to YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim as the Prime Minister of Malaysia who has raised his poverty eradication agenda and his commitment to achieve hardcore poverty this year.

The purpose of the Talk on Poverty is to create awareness on the International Day of Poverty Eradication to the community as there are still many who do not know about this, as well as to educate the public on issues of poverty eradication.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;