- Hit: 152
SHAH ALAM, 21 September 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hadir dalam sesi dialog Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Selangor yang dihadiri oleh YB Tuan Steven Sim Chee Keong (Timbalan Menteri Kewangan 2) juga YB Dato' Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor).
Hadirin terdiri daripada wakil-wakil kerajaan, agensi, syarikat dan NGO. Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) telah membangkitkan isu Bantuan Makanan Asrama (BMA) yang dihentikan kepada Asrama Kasih YBK serta NGO-NGO pendidikan yang lain.
YB Tuan Steven Sim semasa ucapan penutup dialog berkata beliau bersama Kementerian Kewangan akan meneliti isu BMA yang dibangkitkan oleh YBK dengan lebih terperinci.