KELANA JAYA, 13 September 2023 - Ahli-ahli Sekretariat Konvensyen Menoktah Kemiskinan daripada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Benevolent Malaysia telah bermesyuarat bagi melaporkan gerak kerja menuju hari konvensyen.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan Sesi Meja Bulat (RTD) yang dilaksanakan akhir bulan Ogos yang lepas, diikuti dengan status gerak kerja, draf atur cara, cadangan pembentang dan garis masa menuju Konvensyen.

Pembentangan disampaikan oleh Encik Khalid Al-Walid Mustafa Kamil (Ketua Eksekutif Operasi Benevolent) dan Puan Sharmaine Salim (Eksekutif Kanan Pemasaran). Turut hadir daripada Benevolent ialah Encik Muhamad Hanapi Jamaludin (Pengasas).

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Sekretariat) telah memberikan beberapa maklum balas untuk tindakan ahli sekretariat. Beliau menegaskan kepentingan sekretariat untuk mengesahkan kehadiran tetamu kehormat agar gerak kerja berjalan lancar.

Turut hadir, Tuan Haji Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj Khalid dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); serta Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) selaku ahli sekretariat.

Konvensyen Menoktah Kemiskinan 2023 dirancang untuk diadakan pada bulan Oktober sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;