KELANA JAYA, 13 September 2023 - Kumpulan pemandu-pemandu perkhidmatan seru pandu (e-hailing) daripada Koperasi Saraan E-Hailing Selangor telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom di Ibu Pejabat YBK.

Pertemuan kumpulan ini adalah untuk mendengar pandangan Dato' Pengerusi YBK berkenaan beberapa isu yang dibangkitkan oleh mereka yang diketuai oleh Encik Farish Tan Abdullah selaku Pengerusi Koperasi. Mereka juga telah menyerahkan satu memorandum kepada YBK untuk diangkat kepada pihak kerajaan.

Difahamkan kumpulan ini mendakwa pendapatan mereka terjejas akibat beberapa perubahan pembayaran upah yang dilakukan oleh syarikat e-hailing, dan purata pendapatan mereka sebulan adalah sekitar RM1,300 iaitu di bawah garis kemiskinan.

Turut bersama dalam sesi perbincangan adalah Tuan Haji Zulhairy Jalaluddin, Dr. Abdul Fatah Hj Khalid dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); serta Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).

Dato' Haji Zainal Abidin Sakom mengambil maklum akan isu-isu yang dibangkitkan dan akan membantu mengangkat perkara-perkara berkenaan untuk perhatian pihak kerajaan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;