KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Benevolent Malaysia selaku penganjur bersama sesi Round Table Discussion (RTD) dan Konvensyen Menoktah Kemiskinan telah mengadakan perbincangan bersama YBrs. Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail, Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK), Universiti Malaysia Kelantan.

Pertemuan ini adalah bagi menjemput secara rasmi YBrs. Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal sebagai pembentang utama dalam sesi RTD, dan juga mempelawa INSPEK UMK untuk turut serta dalam program RTD dan Konvensyen Menoktah Kemiskinan sebagai rakan strategik utama.

Hadir dalam sesi perbincangan ini daripada pihak YBK adalah Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), manakala di pihak Benevolent pula adalah Encik Muhamad Hanapi Jamaludin (Pengasas), Encik Khalid Al Walid Mustafa Kamil (Timbalan Presiden), dan Encik Izzat Amirul Ahmad Nadzer (Eksekutif Operasi).

Secara dasarnya INSPEK UMK bersetuju untuk bersama dalam program RTD dan Konvensyen Menoktah Kemiskinan, dan bersedia berkongsi kepakaran dan data bagi melancarkan gerak kerja yang sedang dijalankan. Ketiga-tiga pihak akan berhubung dari masa ke semasa bagi memastikan koordinasi program RTD berjalan lancar, seterusnya menuju ke Konvensyen pada bulan Oktober nanti.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;