- Hit: 174
KELANA JAYA, 27 Jun 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menandatangan surat usahasama dengan usahawan Encik Amar Safuan untuk syarikat beliau menjalankan Projek Perniagaan Ikan Keli dan Makanan Ikan Keli berasaskan larva 'Black Soldier Fly'.
Projek ini akan dilaksanakan di YBK Global Camp dalam masa terdekat dan merupakan salah satu strategi YBK untuk mempelbagaikan punca pendapatan daripada aset-aset strategik yang dimiliki.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah menurunkan tanda tangan beliau bagi pihak YBK. Turut hadir menyaksikan adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Rozita Arbain (Pengurus Kewangan dan Pembangunan Aset), serta wakil daripada Amar Safuan bin Noor Halimi.