- Hit: 155
SUBANG JAYA, 22 Jun 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) amat berbesar hati kerana telah menerima sumbangan barangan daripada syarikat MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd hari ini.
Sumbangan berupa 300 karton makanan mi segera diserahkan sendiri oleh Encik Ahmad Syukry Ibrahim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam dan Hubungan Kerajaan Mamee kepada wakil YBK, Encik Amiruddin Ramli.
Barangan ini akan digunakan untuk program-program sumbangan yang akan diatur gerak kelak.