- Hit: 158
SHAH ALAM, 21 Jun 2023 - Satu sesi taklimat operasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah diadakan kepada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib selaku Pengasas YBK bertempat di kediaman beliau petang ini.
Objektif taklimat adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini operasi dan aktiviti-aktiviti YBK kepada YABhg. Tan Sri di samping mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada beliau.
Sesi dimulakan dengan kata aluan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK). Kemudiannya taklimat operasi disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), diikuti dengan maklum balas daripada YABhg. Tan Sri.
Secara umumnya beliau sangat berpuas hati dan gembira dengan gerak kerja YBK, dan menyeru pengurusan YBK untuk lebih proaktif untuk menjadi NGO peneraju dan bukan sekadar menjadi pengikut. Beliau mencadangkan rakan-rakan strategik digerakkan bersama dengan lebih erat, juga meneroka peluang-peluang dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak menguntungkan YBK. Beliau juga melahirkan keyakinan kepada barisan pengurusan YBK untuk membawa YBK ke tahap yang lebih tinggi.
Turut bersama ialah Dr. Abdul Fatah Hj Khalid dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), serta ketua-ketua jabatan dan outlet YBK.
Dalam kesempatan yang sama juga Dato' Pengerusi YBK telah menyerah dan menyematkan pin istimewa logo 33 Tahun YBK kepada YABhg. Tan Sri, serta menyampaikan cenderamata kepada beliau.