- Hit: 176
KELANA JAYA, 7 Jun 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan PADIGITAL Graha Utama daripada Indonesia.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom serta Encik Zulhairy Jalaluddin dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK) telah mengalu-alukan kehadiran delegasi. Turut bersama, Datin. Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).
Hadir di pihak ABIM adalah Saudara Mohammad Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung) dan pegawai, manakala di pihak PADIGITAL Indonesia pula adalah Bapak Dr Wim Tingkilisan (Pengerusi PADIGITAL), Bapak Surya Kurniadi (Pengasas bersama), Bapak Edi Prabowo (Ketua Eksekutif PADIGITAL), Bapak Hermansyah Ahmad (Ketua Himpunan Pengusaha Muda Indonesia - HIPMI), Puan Sara Quek (Pemegang saham PADIGITAL) dan pegawai.
Kunjung hormat ini adalah untuk pihak ABIM, PADIGITAL dan YBK berkenalan dan bertukar-tukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan. Pengerusi YBK sangat berminat dengan inovasi ekosistem pertanian yang diperkenalkan oleh PADIGITAL dan menyatakan hasrat untuk YBK melakukan pemindahan ilmu dan memeterai kerjasama yang lebih menyeluruh.
PADIGITAL adalah syarikat keusahawanan sosial dengan objektif merevolusikan industri pertanian melalui teknologi rantaian blok (block chain) dalam perdagangan ekosistem pertanian khususnya penanaman padi di Indonesia, dan dalam proses memperkenal dan meluaskan ekosistem ini ke negara serantau termasuk Malaysia.
KELANA JAYA, 7 June 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) this morning received a courtesy visit from the Malaysian Islamic Youth Force (ABIM) and PADIGITAL Graha Utama from Indonesia.
Chairman of YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom and Encik Zulhairy Jalaluddin and Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK) welcomed the delegation. Also together, Datin. Dr (h.c) Hartini Osman (Chairman of Yayasan Bina Kesejahteraan), and Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK).
Present at the ABIM were Brother Mohammad Fazril Mohd Saleh (Secretary-General) and officers, while on the part of PADIGITAL Indonesia wereย Bapakย Dr Wim Tingkilisan (Chairman of PADIGITAL), Bapak Surya Kurniadi (Co-founder), Bapak Edi Prabowo (Chief Executive of PADIGITAL), Bapak Hermansyah Ahmad (Head of the Indonesian Young Entrepreneurs Assembly - HIPMI), Puan Sara Quek (PADIGITAL shareholder) and officers.
This courtesy visit is for ABIM, PADIGITAL and YBK to get acquainted and exchange views and explore strategic cooperation opportunities that can be implemented. The Chairman of YBK is very interested in the innovation of the agricultural ecosystem introduced by PADIGITAL and expressed his intention for YBK to conduct knowledge transfer and enter into a more comprehensive collaboration.
PADIGITAL is a social entrepreneurship company with the objective of revolutionizing the agricultural industry through blockchain technology in the trade of agricultural ecosystems especially rice cultivation in Indonesia, and in the process of introducing and expanding this ecosystem to regional countries including Malaysia.