KELANA JAYA, 24 Mei 2023 - Pagi ini telah berlangsung sesi perbincangan awal bagi perancangan melaksanakan Konvensyen Menoktah Kemiskinan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Benevolent Malaysia.

YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) telah mempengerusikan sesi dan turut serta dalam perbincangan ini adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Encik Hasnul Haniff Harun (Setiausaha Agung MBM), Encik Muhamad Hanapi Jamaludin (Pengasas Benevolent Malaysia), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan ketua-ketua jabatan YBK.

Perbincangan awal ini bertumpu kepada konsep konvensyen, rangka pengisian program, dan hala tuju pelaksanaan. Dipersetujui secara prinsip bahawa konvensyen peringkat nasional ini dicadangkan untuk dilancar pada bulan Oktober sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa.

Menuju hari pelaksanaan, beberapa siri perbincangan lanjutan, sesi meja bulat, jemputan dan pembentukan urus setia akan dilakukan di mana YBK, MBM dan Benevolent Malaysia bertindak selaku teraju utama di samping penglibatan agensi dan organisasi yang ingin bersama.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;