- Hit: 207
KELANA JAYA, 10 Mei 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pagi ini telah menerima kunjungan daripada Think Osem Sdn. Bhd. bagi membentangkan berkenaan aplikasi pembelajaran 'Think Quran' dan peluang pengembangan pendapatan.
Pembentangan disampaikan oleh Encik Fakhrulrazi Nong Chek yang merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan Think Osem Sdn Bhd. Difahamkan aplikasi telefon pintar ini akan membantu pengguna belajar memahami Bahasa Al-Quran melalui modul yang digarap khas serta penggunaan kecerdasan buatan (AI). Beliau juga membentangkan konsep penjanaan pendapatan melalui aplikasi ini.
Hadir mendengar pembentangan adalah YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare merangkap Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Zulhairy Jalaluddin dan Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan semua Ketua-Ketua Jabatan/Outlet dan karyawan YBK.
Pengerusi YBK dalam ulasan beliau menggalakkan para karyawan YBK untuk mencuba aplikasi ini sebagai salah satu cara mempelajari Bahasa Al-Quran secara bersistem.
'THINK QURAN' LEARNING APPLICATION BRIEFING
KELANA JAYA, 10 May 2023 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) this morning received a visit from Think Osem Sdn. Bhd. to present the 'Think Quran' learning application and revenue expansion opportunities.
The presentation was presented by Mr. Fakhrulrazi Nong Chek who is the Director of Business Development Think Osem Sdn Bhd. It is understood that this smartphone application will help users learn to understand the Quranic language through specially developed modules as well as the use of artificial intelligence (AI). He also presented the concept of income generation through this application.
Present at the presentation was YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK), Datin Dr (h.c) Hartini Osman (Chairman of Yayasan Bina Kesejahteraan YBK Administrative Adviser), Encik Zulhairy Jalaluddin and Encik Zainal Mohd Jais (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (NLA General Manager) and all Heads of Departments/Outlets and employees of YBK.
The Chairman of YBK in his comments encouraged YBK employees to try this application as one of the ways to learn the Quranic language systemically.