- Hit: 220
HULU LANGAT, 4 April 2023 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz bersama Pn. Ailis Rosly (Ketua Jabatan Pembangunan Program Yayasan VFive) meluangkan masa meninjau Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Dusun Tua selepas selesai menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan.
YBK dan VFive dimaklumkan PPKI SK Dusun Tua ini mengendalikan sekitar 60 orang pelajar istimewa (OKU) dan satu-satunya PPKI yang memberi perkhidmatan meliputi kawasan Dusun Tua dan kawasan luarnya seperti Sungai Lui sehingga Sg. Serai, Hulu Langat.
Walaupun begitu, kemudahan pembelajaran dan fasiliti PPKI ini sedikit mendukacitakan di mana YBK dan VFive mendapati peralatan elektrik seperti kipas siling tidak berfungsi, struktur bangunan yang tidak memuaskan, dan beberapa perkara lagi yang memerlukan penambahbaikan bagi keselesaan pelajar dan guru.
Guru PPKI memaklumkan disebabkan kekangan kemudahan ini, anak-anak istimewa ini terganggu penumpuannya dalam kelas dan kadang-kala mencetuskan emosi yang kurang enak. Anak-anak istimewa ini memerlukan kelas yang selesa kerana keupayaan fizikal dan mental mereka tidak sama seperti pelajar normal.
YBK dan VFive mengambil maklum dan akan berusaha untuk membantu PPKI SK Dusun Tua melalui bantuan bersesuian agar anak-anak istimewa ini dapat belajar dengan lebih selesa.