HULU LANGAT, 4 April 2023 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2023 daripada Yayasan VFive, telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Pn. Ailis Rosly (Ketua Jabatan Pembangunan Program Yayasan VFive), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK) serta diiringi oleh Pn. Rohlaizatul Akmal Mohd Sanusi (Guru Besar SK Sungai Serai), En. Muhamad Fadzli Misman (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sungai Serai), Pn. Zulinda Haron (GPK Ko-Kurikulum SK Dusun Tua), Pn. Ruhaizan Yatim (GPK Pendidikan Khas SK Dusun Tua) dan guru-guru pengiring dari SK Sungai Serai, SK Dusun Tua, serta SK Sungai Lui kepada 7 buah keluarga di daerah Hulu Langat.

Penerima sumbangan adalah seperti berikut;


HULU LANGAT, 4 April 2023 - En. Abdul Muhammad Mohd Nor merupakan seorang OKU cacat bahagian ibu jari akibat musibah semasa bekerja. Beliau kini hanya mampu melaksanakan kerja-kerja ringan untuk menyara kehidupan keluarga.

Keluarga ini tinggal di sebuah rumah yang agak usang. Isteri beliau Pn. Norasura Nordin merupakan suri rumah sepenuh masa, dan juga tidak berapa sihat. Bantuan yang diterima keluarga ini adalah daripada Lembaga Zakat Selangor secara bulanan.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Yayasan VFive dan telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan) dan Pn. Ailis Rosly (Ketua Jabatan Pembangunan Program Yayasan VFive).

Turut bersama ialah Pn. Rohlaizatul Akmal Mohd Sanusi (Guru Besar SK Sungai Serai), En. Muhamad Fadzli Misman (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), dan guru-guru pengiring.


HULU LANGAT, 4 April 2023 - En. Mansor Jaafar seorang Buruh Am. Pendapatan beliau berdasarkan gaji hari dan secara purata memperoleh sekitar RM 600 sebulan.

Isteri beliau, Pn. Umi Salamah tidak bekerja, dan keluarga ini tinggal di sebuah rumah sumbangan NGO bersama-sama 10 orang tanggungan (isteri dan anak-anak).

Difahamkan En. Mansor menghidap penyakit 'Glaucoma' yang menjejaskan penglihatannya dan isteri pula menghidap sakit jantung. Keluarga ini menerima bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Yayasan VFive dan telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan) dan Pn. Ailis Rosly (Ketua Jabatan Pembangunan Program Yayasan VFive). Keluarga ini turut menerima barangan sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dutch Lady Malaysia.

Turut bersama ialah Pn. Rohlaizatul Akmal Mohd Sanusi (Guru Besar SK Sungai Serai), En. Muhamad Fadzli Misman (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), dan guru-guru pengiring.


HULU LANGAT, 4 April 2023 - En. Arshad Abu Kasim menyara keluarga beliau dengan berkhidmat sebagai Pekerja Am di Sekolah Kebangsaan Dusun Tua dengan pendapatan sekitar RM 1,500 sebulan.

Beliau dan isteri, Pn. Noor Azraiha Abd Rahim serta 10 orang anaknya tinggal menyewa di sebuah rumah dengan sewa bulanan RM 500. Sebelum ini keluarga ini tinggal di kawasan lain dan rumah tersebut terlibat dalam musibah banjir.

Lembaga Zakat Selangor telah membantu keluarga ini melalui sumbangan bulanan sebanyak RM 600. Seorang daripada anak beliau menghidap asma.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Yayasan VFive telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan) dan Pn. Ailis Rosly (Ketua Jabatan Pembangunan Program Yayasan VFive). Keluarga ini turut menerima barangan sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dutch Lady Malaysia .

Turut bersama ialah Pn. Zulinda Haron (GPK Ko-Kurikulum SK Dusun Tua) dan guru-guru pengiring dari SK Dusun Tua dan SK Sungai Lui.


HULU LANGAT, 4 April 2023 - Kami bergerak ke Kampung Orang Asli di Sungai Congkak bagi menyampaikan sumbangan kepada En. Eran bin Kunting.

Beliau menyara isteri, Pn. Samput binti Halim dan anak-anaknya dengan melakukan kerja-kerja kampung seperti mengutip hasil-hasil hutan untuk dijual. Pendapatan bulanan daripada kerja ini sekitar RM 500. Semasa bulan Ramadan ini, beliau telah mengumpulkan batang-batang buluh bagi memenuhi permintaan daripada peniaga lemang, di samping hasil-hasil hutan lain seperti daun pisang.

Kami juga difahamkan Lembaga Zakat Selangor ada membantu keluarga beliau. Rumah keluarga ini agak daif dan dibina seperti binaan pondok iaitu menggunakan papan/kayu.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Yayasan VFive telah disampaikan oleh Pn. Ailis Rosly (Ketua Jabatan Pembangunan Program Yayasan VFive) dan disaksikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan) Keluarga ini turut menerima barangan sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dutch Lady Malaysia .

Turut bersama ialah Pn. Zulinda Haron (GPK Ko-Kurikulum SK Dusun Tua) dan guru-guru pengiring dari SK Dusun Tua dan SK Sungai Lui.


HULU LANGAT, 4 April 2023 - En. Sakri bin Husin bekerja sebagai buruh kasar bagi menyara keluarganya. Beliau disahkan menghidap penyakit ulser di perut yang sedikit sebanyak mengganggu rutin kerjanya. Menurut isterinya Pn. Anisah Awang, suaminya dahulunya pernah menjalani pemeriksaan dan rawatan tetapi tidak 'follow up' sesi tersebut.

Pn. Anisah pula membantu suaminya menyara keluarga dengan menjual kuih-muih dan makanan yang dihasilkan sendiri secara dalam talian dan secara terus kepada yang menempah. Walaupun begitu beliau memaklumkan ada pelanggan yang tidak acuh dalam pembayaran sehingga menjejaskan pusingan modal beliau.

Pasangan ini memilik 3 orang anak, di mana anak pertama menghidap asma manakala anak ke-3 merupakan anak istimewa (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan bersekolah di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Dusun Tua. Mereka tinggal di kediaman yang agak terhad ruangnya dengan kadar RM 550 sebulan.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Yayasan VFive telah disampaikan oleh Pn. Ailis Rosly (Ketua Jabatan Pembangunan Program Yayasan VFive) dan disaksikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan) Keluarga ini turut menerima barangan sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dutch Lady Malaysia .

Turut bersama ialah Pn. Zulinda Haron (GPK Ko-Kurikulum SK Dusun Tua) dan guru-guru pengiring dari SK Dusun Tua dan SK Sungai Lui.


KAJANG, 4 April 2023 - En. Zamri Ismail tidak mampu bekerja akibat penyakit kencing manis yang dihadapinya. Justeru, isteri beliau Pn. Zailah Othman menggalas tugas mencari sesuap nasi untuk keluarga ini dengan bekerja di kantin sekolah SK Desa Pinggiran dengan pendapatan bulanan sekitar RM 1,000.

Pasangan ini memiliki 7 orang anak yang semuanya masih lagi belajar. Bantuan yang diperolehi adalah daripada Lembaga Zakat Selangor iaitu Bantuan Persekolahan untuk anak-anak.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Yayasan VFive dan disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan) dan disaksikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Keluarga ini turut menerima barangan sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dutch Lady Malaysia.


KAJANG, 4 April 2023 - En. Abu Zahrizal sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori. Selepas diserang sakit sendi sehingga gagal menggerakkan tangannya, beliau berhenti bekerja sebagai pemandu untuk mengelak risiko nyawa dan kini mengambil upah memotong rumput.

Isteri beliau, Pn. Muzliyana Baharom bekerja sebagai pembantu warung dengan pendapatan purata RM 800 sebulan. Pasangan ini bersama anak-anaknya seramai 4 orang tinggal di rumah pusaka yang terletak di Batu 5 1/2 Sungai Merab. Bantuan persekolahan anak-anak telah diterima daripada Lembaga Zakat Selangor .

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2023 adalah daripada Yayasan VFive dan disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam Yayasan Basmi Kemiskinan ) dan disaksikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Keluarga ini turut menerima barangan sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dutch Lady Malaysia.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;