- Hit: 166
KUALA LUMPUR, 26 Mac 2023 - Sempena ulang tahun ke-33 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini, satu majlis doa selamat dan iftar bersama komuniti Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah dilangsungkan.
Antara tetamu utama yang hadir adalah YBhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK merangkap Mantan Menteri Besar Selangor); YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK); YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan); YBhg. Dato' Mohd Isa Abu Kasim; dan wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Penyiaran Negeri Selangor, rakan-rakan strategik dan sukarelawan.
Turut bersama, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub, Dr. Abdul Fatah Hj Khalid, En. Zulhairy Jalaluddin dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib (Mantan ALPA YBK); mantan karyawan YBK; Ustaz Yahya Mahyuddin Utoh Said (Ketua Imam), Ustaz Ahmad Nizzam Rasali, dan Ahli Jawatankuasa Masjid; En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK); karyawan-karyawan YBK dan pelajar Asrama Kasih YBK dan Akademi Kemahiran YBK.
Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, diikuti dengan perkongsian oleh YBhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang diadakan di dataran masjid. Ini diikuti dengan penyampaian bakul makanan kepada asnaf-asnaf terpilih, dan bacaan doa selamat oleh Ustaz Luqman.
Pek makanan iftar kepada hadirin serta bubur lambuk pada hari ini ditaja oleh YBK.
Para hadirin kemudian berbuka puasa di dataran masjid sebaik azan Maghrib dikumandangkan. Tetamu jemputan berbuka secara ringkas dan bersolat Maghrib berjemaah, sebelum jamuan makan malam di Dewan Mesyuarat Masjid.
Majlis selesai dengan solat Isyak dan tarawih sebelum bersurai. YBK melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengurusan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur, rakan-rakan strategik, sukarelawan dan media yang bersama-sama menjayakan majlis ini.