- Hit: 188
HULU LANGAT, 19 Mac 2023 - Sempena sesi persekolahan yang akan bermula esok, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim, Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat (MBSDHL) dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) telah mengadakan Program Back To School & Jelajah Sejuta Harapan YBK di Daerah Hulu Langat.
Sebanyak 5 kawasan di Daerah Hulu Langat telah dilawati bagi menyerahkan barangan sumbangan iaitu di Taman Titiwangsa; Taman Sri Tanjung (Semenyih); Taman Sri Jelok (Kajang); Kg Bukit Sg Puteh (Ampang); dan Sungai Ramal (Kajang).
Pihak YADIM telah menyumbang beg sekolah, YBK menyumbang set kebersihan diri (hygiene kit) dan MBSDHL pula telah menyumbang set alat tulis kepada anak-anak di kawasan berkenaan.
Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah turun di setiap kawasan diiringi oleh En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK). Turut hadir, wakil daripada YADIM; Puan Suhailah Mohd Sa'at (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat); Puan FauZana Bakri (Setiausaha Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat); serta wakil-wakil Pertubuhan Belia, Rukun Tetangga dan pemimpin komuniti setempat.