- Hit: 202
LEMBAH SUBANG, 11 Februari 2023 - Sempena menuju Ulang Tahun Ke-33 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), pagi ini telah berlangsung Program Jelajah Sejuta Harapan YBK yang pertama, bertempat di perkarangan Surau Darul Hidayah PPR Lembah Subang.
Program ini menampilkan sesi Taklimat Kemasukan Asrama Kasih (ASKA) YBK yang telah disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah) dan Ustaz Syaiful Akmal (Pengetua ASKA Gesir). Di samping itu, kaunter informasi dan pendaftaran Asrama Kasih dan Sinar Kasih Ramadhan turut dibuka .
Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman telah hadir merasmikan Program ini dan beramah mesra dengan penduduk yang hadir. Beliau juga telah berbesar hati menyampaikan Kotak Makanan sumbangan Selangor Youth Community dan Sunway Group kepada 30 keluarga asnaf terpilih di sini.
Dalam program ini juga YBK telah membuka kaunter 'Free Market' untuk memberi peluang hadirin yang memerlukan memilih pakaian terpakai dan sandal perubatan yang disediakan.
Hadir bersama, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK; Pn. Misha Romli (Sukarelawan JKM PPR Lembah Subang merangkap koordinator lokasi), karyawan dan pelajar Akademi Kemahiran Ybk yang hadir membantu, serta para sukarelawan JKM PPR Lembah Subang.
Siri Jelajah Sejuta Harapan ini akan diteruskan di lokasi lain yang akan ditentukan.
SEJUTA HARAPAN TOUR @ PPR LEMBAH SUBANG
LEMBAH SUBANG, 11 February 2023 - In conjunction with the 33rd Anniversary of the Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), this morning, the first Sejuta Harapan (One Million Hope) Tour Programme was held at the Surau Darul Hidayah's PPR Lembah Subang compound.
The programme featured a Asrama Kasih YBK (ASKA) briefing session which was presented by Pn. Halimaton Saadiah (Principal of ASKA Serendah) and Ustaz Syaiful Akmal (Principal of ASKA Gesir). In addition, information counters and registration of Asrama Kasih and Sinar Kasih Ramadhan are also open.
YBK Administrative Advisor cum Chairman of Yayasan Bina Sejahtera, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman was present to officiate the programme. She also presented the Food Box donated Selangor Youth Community (SAY) and Sunway Group to 30 selected asnaf families here.
In this program, YBK has also opened a 'Free Market' counter to provide an opportunity for attendees who need to choose second-hand clothes and medical sandals provided.
Also present, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK; Pn. Misha Romli (Volunteer JKM PPR Lembah Subang location coordinator), employees and students of the Akademi Kemahiran YBK who were present to assist, as well as volunteers from JKM PPR Lembah Subang.
The Sejuta Harapan (One Million Hope) Tour Programme will continue at other locations which is to be determined.