- Hit: 178
SEPANG, 9 Februari 2023 - Para peserta Program Khairat Umrah 2023 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) berlepas ke Tanah Suci malam ini. Seramai 24 orang peserta termasuk 4 orang karyawan YBK akan berada di Tanah Suci selama 12 hari 10 malam.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dan isteri, Datin Dr. Hajah Hartini Osman turut meluangkan masa hadir beramah mesra dan mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah. Beliau turut menyampaikan pesanan dan berdoa semoga semua jemaah mendapat umrah yang mabrur.
Turut hadir, En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan para karyawan, ahli keluarga dan rakan-rakan jemaah umrah.