- Hit: 190
KELANA JAYA, 2 Februari 2023 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah melancarkan Program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 1444 Hijrah / 2023 Masihi. Program tahunan ini merupakan penganjuran kali ke-15 dan telah dilaksanakan sejak tahun 2008.
Majlis berlangsung di Ibu Pejabat YBK dan telah dihadiri oleh wakil-wakil NGO dan penaja, serta rakan-rakan strategik dan wakil-wakil media.
En. Hashim Anang, juruacara tetap merangkap Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Media Karangkraf membuka majlis pada jam 11 pagi dengan mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan. Bacaan doa telah disempurnakan oleh Saudara Hazim daripada Asrama Kasih YBK Serendah.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program SKR. Beliau telah menerangkan latar belakang program SKR dan memaklumkan hasrat YBK menyasarkan 200 buah keluarga penerima manfaat tahun ini. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada NGO dan organisasi yang bekerjasama pada Program SKR 2023.
Antara organisasi yang bersama-sama dalam Program SKR tahun ini adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM); Mamee-Double Decker; Dutch Lady Malaysia; Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction); Yayasan Al-Manjie; Yayasan Food Bank Malaysia; Yayasan VFive; dan Yayasan Ragad.
Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom dalam ucapan perasmiannya menyeru masyarakat untuk membudayakan amalan bersedekah dan menerapkan sifat #HatiMahuBaik. Beliau memaklumkan YBK mencapai usia 33 tahun pada tahun ini dengan hasrat #SejutaHarapan, dan Program SKR tahun ini adalah antara yang terbaik kerana banyak organisasi yang ingin turut serta menyumbang dan menyemai pahala di #LamanAmal YBK.
Hadirin kemudiannya disajikan dengan video pelancaran, dan selepas itu sesi menandatangan Surat Setuju Kerjasama dan gimik penyerahan sumbangan bersama semua wakil penaja yang hadir.
Majlis diakhiri dengan sidang media dan jamuan makan tengahari.
Kepada yang berhasrat untuk menyumbang dalam program SKR, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Basmi Kemiskinan - 1203 8010 0021 32 (Bank Islam Malaysia Berhad).
Muat turun borang sumbangan di -
Sesi FB Live Pelancaran SKR 2023 boleh ditonton di https://fb.watch/iqVJrIlmiF/?mibextid=unz460