KELANA JAYA, 14 Disember 2022 - Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Semangat Mendaki bersama Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom. Mesyuarat yang diadakan secara bulanan ini melibatkan seluruh karyawan YBK, dan merupakan mesyuarat terakhir untuk tahun 2022.

Sesi dimulakan dengan ucapan dan laporan pengurusan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK, diikuti oleh amanat oleh YBhg. Dato' Pengerusi YBK. Turut bersama dalam mesyuarat adalah Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Ayub, En. Zulhairy Jalaluddin dan En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, ketua-ketua jabatan dan outlet YBK, dan para karyawan.

YBhg. Dato' Pengerusi dalam amanatnya mengingatkan para karyawan untuk menjalin dan memelihara hubungan baik dengan masyarakat terutamanya para dermawan serta organisasi. Beliau juga menyeru karyawan untuk mengukuhkan 'soft skills' serta meningkatkan kemahiran mengikut perkembangan semasa.

Beliau berkongsi perumpamaan yang disebutkan oleh Almarhum Apak Bukhari; "makan gaji suntuk akal, pergi ke laut kena tawakal; berjual beli kena panjang akal' .

Juga, YBhg. Dato' Pengerusi menyebut berkenaan 'Sustainable Development Goals' atau SDG dan menyeru YBK untuk memberi perhatian kepada lima matlamat SDG iaitu 'Tiada Kemiskinan'; 'Tiada Kelaparan'; 'Kesihatan dan Kesejahteraan'; 'Pendidikan Berkualiti'; dan 'Kerjasama Strategik'. YBK juga perlu lebih aktif di platform media supaya masyarakat dapat melihat dan menghargai gerakan-gerakan basmi kemiskinan yang telah dilakukan.

Mesyuarat diakhiri dengan sambutan ringkas untuk karyawan yang menyambut hari lahir pada bulan Disember.


KELANA JAYA, 14 December 2022 - Today, a Semangat Mendaki Meeting was held with the Chairman of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom. This monthly meeting involves all YBK employees, and is the last meeting for 2022.

The session began with a speech and management report by En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, followed by YBhg. Dato' Chairman of YBK. Also present at the meeting was Assoc. Prof. Dr. Abdul Rahman Ayub, En. Zulhairy Jalaluddin and En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK); Ybhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, heads of departments and outlets of YBK, and employees.

Ybhg. Dato' Chairman in his commission reminded employees to establish and maintain good relations with the community, especially philanthropists and organizations. He also called on employees to strengthen soft skills as well as improve skills in line with current developments.

He shared the parable mentioned by the late Apak Bukhari (in Malay); "makan gaji suntuk akal, pergi ke laut kena tawakal; berjual beli kena panjang akal".

Also, YBhg. Dato' Chairman mentioned the 'Sustainable Development Goals' or SDGs and called on the YBK to pay attention to the five SDG goals which are 'No Poverty'; 'No Hunger'; 'Health and Wellbeing'; 'Quality Education'; and 'Strategic Collaboration'. YBK also needs to be more active on media platforms so that the public can see and appreciate the poverty eradication movements.

The meeting concludes with a brief welcome for employees celebrating their birthday in December.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;