- Hit: 265
BUKIT SENTOSA, 12 November 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama-sama dengan Jaksa Pendamai (JP) Hulu Selangor dan Kelab Badan Amal Kebajikan Anggun (BAKA) telah menganjurkan program 'Jom Sihat' di tiga buah lokasi di dalam kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Objektif program ini adalah bagi mewujudkan kesedaran berkenaan penjagaan kesihatan serta memberi peluang kepada orang awam memeriksa dan mendapatkan maklumat berkenaan status kesihatan mereka.
Dua buah lokasi menjadi tempat program ini dilaksanakan pada 11 November iaitu di Dewan Komuniti Seri Kemboja 4, di mana lokasi iniย dibantu oleh National Cancer Society Malaysia. Antara perincian pemeriksaan kesihatan yang dilakukan adalah bacaan Body Mass Index (BMI); tekanan darah dan paras gula dalam tubuh; dan pemeriksaan khusus kepada kaum wanita. Lokasi ke-2 pula terletak di Blok F, Sri Cempaka.
Lokasi ke-3 pada 12 November adalah di Dataran Bukit Sentosa di mana di sini turut diadakan aktiviti senamrobik. Rakan kerjasama YBK di sini adalah Hospital Pakar Sentosa, Klang. En. Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK telah hadir mewakili Dato' Pengerusi, dan turut bersama, En. Muhd Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).