- Hit: 260
KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2022 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom pagi ini telah dijemput untuk tampil di rancangan 'Assalamualaikum' di TV Al-Hijrah di sini.
Beliau telah mengupas tajuk 'Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan' sempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa yang disambut pada hari ini. Dato' Pengerusi menekankan kepentingan kerajaan untuk lebih proaktif dalam usaha pembasmian kemiskinan, dan meneroka kaedah baharu terutama dalam pembangunan sikap supaya kemiskinan dapat dibasmi dan bukannya 'diternak'.
Tema Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa bagi tahun 2022 adalah 'Dignity For All In Practice'.
Kemudian satu perbincangan bersama En. Saifulizan Sidek (Ketua Kump. Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV Al-Hijrah) dan Pn. Noorfiha Kasa (Pegawai Strategis Media TV Al-Hijrah) telah diadakan bagi meneroka dan meneruskan kerjasama yang telah terjalin antara YBK dan TV Al-Hijrah.
Turut bersama, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan pegawai media YBK.
KUALA LUMPUR, 17 October 2022 - Chairman of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom this morning was invited to the show 'Assalamualaikum' on TV Al-Hijrah.
HeΒ talked about 'Eradicate Poverty, Building Wellness' in conjunction with the International Poverty Eradication Day which is celebrated today. Dato' Chairman stressed the importance of the government to be more proactive in poverty eradication efforts, and explore new methods especially in the development of attitudes so that poverty can be eradicated rather than 'farmed'.
The theme of the International Poverty Eradication Day for 2022 is 'Dignity For All In Practice'.
Then a discussion with En. Saifulizan Sidek (Chief, Media Integration & Corporate Affairs of TV Al-Hijrah) and Pn. Noorfiha Kasa (TV Al-Hijrah Media Strategy Officer) was held to explore and continue the cooperation that has been established between YBK and TV Al-Hijrah.
Also present, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Chairman of Yayasan Bina Kesejahteraan), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), and YBK media officers.