BANDARAYA MELAKA, 1 September 2022 - Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz bersama En. Zainal Mohd Jais, ALPA YBK telah mengadakan pertemuan dengan YB Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) di pejabat beliau.

Pertemuan adalah bagi membincangkan cadangan YBK untuk mengadakan Program Malam Patriot Tun Fatimah di negeri Melaka pada pertengahan bulan September, dan bertukar pandangan berkenaan kerjasama yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan program berkenaan.

YB Senator berbesar hati dan mengalu-alukan hasrat YBK serta sedia membantu untuk memastikan pelaksanaan program berjalan lancar.

Sebelum itu, tinjauan tapak telah diadakan di Tun Fatimah Riverside Hotel, iaitu lokasi di mana program ini bakal diadakan kelak. Turut mengiringi, En. Audi Faliq Ibrahim, pegawai media YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;