KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2022 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah percuma di Masjid Usamah Bin Zaid pagi ini.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah dijemput untuk memberikan tazkirah khas kepada para peserta sebelum kursus dimulakan. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Jawahar Ali, Timbalan Pengerusi PPIM merangkap pemilik rangkaian restoran Ali Maju.

Turut hadir, Ustaz Haji Murshidi Abdul Hamid (Pegawai Tadbir Agama Zon 4 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI), Sarjan Mejar Jasman Aris (Timbalan Ketua Balai Polis Daerah Wangsa Maju), Ustaz Mohd Nur Arif (Timbalan Naqib Masjid Usamah Bin Zaid), dan Ayah Amran (Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan - PKAJ).

YBK turut menghantar peserta ke kursus ini iaitu 9 orang pelatih Akademi Kemahiran YBK Gesir dan karyawan YBK. Turut menjadi peserta adalah anak-anak daripada Tahfiz Al-Hidayah Jalan Gurney.

Kursus telah disampaikan oleh Ayah Amran meliputi teori dan praktikal cara menguruskan jenazah daripada proses mandi sehingga kafan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;