- Hit: 280
KUALA LUMPUR, 4 Julai 2022 - Pada hari Isnin yang lalu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan perjumpaan dengan Dr. Abdullah Qayyum daripada Yayasan Sendi Indonesia di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Perjumpaan turut disertai oleh Yayasan Malindo Worldwide dan Axelcloud Technologies.
Perjumpaan menjurus kepada perbincangan berkenaan potensi kerjasama bagi Program Charity Wound Care, peluang dalam Projek Agriculture di Kota Dumai & Hemodialysis Center PPIM.
YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare) meluangkan masa hadir dalam perjumpaan ini, yang turut disertai oleh Datuk Nadzim Johan @ Toqqi (Pengerusi PPIM). Turut serta, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK).