KELANA JAYA, 9 Jun 2022 - Petang ini telah berlangsung sesi Facebook Live anjuran sumbangan.com yang dihoskan oleh artis merangkap influencer terkenal, Saudari Irma Hasmie.

Sesi yang mencatat tontonan lebih 1,000 orang telah menampilkan Yayasan Basmi Kemiskinan dengan Pengerusi YBK YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom sebagai salah seorang panel jemputan. Dua lagi panel adalah daripada PIBG SK Kertau (Pahang) yang diwakili oleh Cikgu Wan Mohd Iskandar B. Wan Deraman, dan Pertubuhan Sahabat Adyan Nadzir Care (Sarawak), diwakili oleh En. Rahmat Bin Mahidi.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato' Pengerusi telah berkongsi berkenaan latar belakang YBK, program-program dan inisiatif YBK dalam pembasmian kemiskinan, di samping cabaran serta pengalaman dalam mendapatkan dana. Beliau menyebutkan bahawa NGO merupakan 'jari-jemari kerajaan' dalam menyelami denyut nadi rakyat juga selaku penghubung antara rakyat dan kerajaan tanpa karenah birokrasi.

Beliau juga melahirkan harapan serta mengajak rakyat Malaysia untuk menyumbang dan menjadikan YBK sebagai laman amal. Penghargaan juga diberikan kepada sumbangan.com selaku rakan strategik YBK yang telah banyak membantu.

Video penuh sesi boleh ditonton di sini.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;