GESIR/SERENDAH, 25 Mei 2022 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menerima lawatan daripada kumpulan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi meninjau tapak cadangan untuk Projek Pusat Dialysis PPIM & YBK.

Lawatan bermula di YBK Global Camp dengan melihat kemudahan dan persekitaran kem, dan mendengar taklimat daripada pengurusan kem. Hadir bersama sepanjang lawatan ini adalah En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan En. Asuad Ismail, pegawai Jabatan Kewangan & Pembangunan Aset YBK.

Kemudian rombongan bergerak ke Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir) untuk perbincangan Program Kerjasama Rawatan Kesihatan Pelajar (Sekolah Rendah) yang turut disertai oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan, Pengetua ASKA Gesir.

Lawatan berakhir di Serendah dengan meninjau Rumah Serendah Utama, dan kemudian ke Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA Serendah) untuk perbincangan Program Kerjasama Rawatan Kesihatan Pelajar (Sekolah Menengah) bersama Pn. Halimaton Saadiah, Pengetua ASKA Serendah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;