SHAH ALAM, 14 April 2022 - Serahan wang tunai daripada Seri Mendapat Project Management dan Datin Noorulhuda Binti Md Ali menerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2022 telah disampaikan oleh Puan Aliah Zam dan Encik Hashim Anang (Pengurus Tugas-Tugas Khas, Kumpulan Media Karangkraf) di sekitar Shah Alam.
 
Penerima sumbangan ini juga menerima Kotak Infaq Rezeki jalinan kerjasama di antara YBK dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dalam program Sinar Kasih Ramadhan kali ini.
 
Penerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2022 adalah seperti berikut :-
 
1. Puan Nur Amalina - Puan Nur Amalina menetap di rumah bapanya selepas kematian suaminya. Dengan berbekalkan PERKESO arwah suaminya yang berjumlah RM1200 sedikit sebanyak dapat meringankan beban kehidupan serta beliau dapat membeli keperluan dan kelengkapan sekolah 4 orang anaknya.
 
2. Puan Aida Zakaria - Puan Aida Zakaria menetap di kediamannya sendiri bersama 4 orang anaknya. 3 daripada anaknya itu masih bersekolah manakala seorang lagi sudah bekerja. Selepas kematian suami, Puan Aida Zakaria bekerja sebagai penjaga kanak-kanak.
 
3. Puan Siti Mimi Azilah - Puan Siti Mimiazila menyewa di flat PPR Kampung Baru Hicom dengan RM250 sebulan bersama ibu dan 4 cahaya matanya. 3 dari cahaya mata beliau masih bersekolah, dan seorang masih kecil. Beliau juga adalah penerima sumbangan Lembaga Zakat Selangor.
 
4. Puan Jamilah Ahmad - Puan Jamilah Ahmad sebelum ini menyewa di Batu 3 Shah Alam, dan sekarang ini sudah berpindah ke Pinggiran Subang Shah Alam. Suami beliau terkena strok dan sekarang mendapat terapi di hospital Shah Alam. Anak sulung Puan Jamilah menghidap penyakit misteri. Puan Jamilah juga bekerja sebagai pembantu tadika dan menerima bantuan zakat untuk kelangsungan hidup. Beliau mempunyai 7 orang anak, 3 dari anaknya masih bersekolah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;