- Hit: 256
HULU SELANGOR, 13 April 2022 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) Yayasan Basmi Kemiskinan telah sempurna dilaksanakan dengan sumbangan kepada 9 buah keluarga di kawasan Serendah dan Batang Kali di daerah Hulu Selangor. Penyerahan telah dilaksanakan oleh karyawan daripada Asrama Kasih YBK Serendah, Puan Kuyah Siti dan Rosmaiza Mohamad.
Keluarga terpilih menerima wang tunai untuk kegunaan berbuka dan bersahur sumbangan daripada syarikat Seri Mendapat Project Management Sdn. Bhd. (SMPM), Puan Samsiah Dom, dan Dato' Haji Zainal Abidin Sakom; serta Kotak Infaq Rezeki daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Keluarga yang telah menerima sumbangan adalah seperti berikut;
1. PN. LENA MARLENI BT MEIK AJI - Seorang Balu mempunyai 4 orang anak Dan menjalankan peniagaan nasi lemak bagi menyara keluarga.
2. PN. SITI SHOLEHAH BT MAT ISA - Suami bekerja sebagai pemandu lori, mempunyai 6 orang anak yang mana 4 orang anak masih bersekolah dan 2 orang lagi masih kecil.
3. PN. NURUL SHAHZAMUL HIDAYAH BT MOHD SHAM - Suami bekerja sebagai pemandu lori, mempunyai anak seramai 7 orang yang mana 4 dari anaknya bersekolah dan beliau sedang hamil 8 bulan.
4. PN. HAMIDAH BT BAHAROM - Bersama suami menjalankan peniagaan goreng pisang secara kecil- kecilan. Mempunyai anak seramai 9 orang yang mana 3 orang anaknya masih bersekolah.
5. PN. ERZLIZA BT MOHAMAD - Seorang balu kematian suami 2 bulan yang lalu. Mempunyai 2 orang anak yang mana anak sulung merupakan seorang OKU dan seorang lagi masih bersekolah.
6. PN. SYUHAILI BT SAMSUDIN - Seorang balu kematian suami 3 bulan yang lepas. Mempunyai 8 orang anak yang mana 7 orang anaknya masih bersekolah.
7. PN. ROSHANI BT YUSOF - Tinggal bersama 7 orang anaknya, di mana 5 orang masih bersekolah. Beliau menjaga anak jiran (pengasuh) untuk menambah pendapatan.
8. PN. ROSNALIZA BT JOHARI - Seorang balu kematian suami setahun yang lepas. Menetap bersama ibu mertua dan 4 orang anaknya di rumah ibu mertua beliau.
9. PN. SITI NORMAIMUNAH BT SHAGIMIN - Mempunyai anak seramai 5 orang, 4 daripada anaknya masih bersekolah. Suami bekerja sebagai Pembantu Gudang.