- Hit: 267
AMPANG, 20 April 2022 - Serahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) Yayasan Basmi Kemiskinan telah sempurna dilaksanakan dengan sumbangan kepada 6 buah keluarga di kawasan Ampang. Penyerahan telah dilaksanakan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK dan dibantu oleh En. Audi Faliq Ibrahim.
Keluarga terpilih menerima sumbangan wang tunai untuk kegunaan berbuka dan bersahur daripada YBhg. Tan Sri Muhammad Hj Muhd Taib dan Datin Noorulhuda Md Ali, serta Kotak Infaq Rezeki daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Keluarga yang telah menerima sumbangan adalah seperti berikut;
1. EN. ABDUL RAHMAN HASSAN - Bapa tunggal menyara 6 orang anak dengan memandu van sekolah.
2. EN. MUSTAPA MUHD ARIFFIN - Bekerja sebagai pembantu kedai, menyara 6 orang anak.
3. PN. NUR AZLINA CHE RAMLI - Ibu tunggal yang tidak bekerja tetap, menyara keluarga dengan membuat kuih kecil-kecilan. Menanggung 5 orang anak.
4. PN. ZARINA BT YASIR - Ibu tunggal yang tidak bekerja dan hanya bergantung harap dengan bantuan zakat.
5. PN. SITI RAHAYU BT HARIS - Berniaga kecil-kecilan bersama suami. Menanggung 8 orang anak.
6. PN. HASIMAH BT MAZLAN - Ibu tunggal, berniaga satay ikan untuk menyara keluarga. Menanggung 6 orang anak, salah seorang menghidap sakit misteri.