- Hit: 267
SG. BUAYA, 11 April 2022 - Penyampaian sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2022 Yayasan Basmi Kemiskinan telah disempurnakan oleh karyawan Pn. Halimaton Saadiah dan Ustaz Syaiful Akmal kepada 6 orang penerima di Sg. Buaya dan Bukit Sentosa, Rawang.
Sumbangan tunai adalah daripada Datin Hajjah Tisah dan Kotak Infaq Rezeki adalah daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPMI).
6 keluarga yang menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2022 tersebut adalah seperti berikut;
1. NORAZURA BINTI OTHMAN – Sebuah keluarga yang terdiri daripada pasangan suami isteri dengan 6 orang anak. Salah seorang anak yang kini berusia 13 tahun merupakan OKU sejak kecil. Suami Norazura bekerja sebagai tukang mesin rumput & mengambil upah kontrak dengan pendapatan tidak tetap.
2. ZALINA BINTI ZAINAL ABIDIN – Merupakan seorang ibu tunggal yang menjalankan perniagaan masakan makanan panas di hadapan rumahnya. Beliau mempunyai 4 orang anak.
3. NOOR FADZILAH BINTI HANIF – Penerimamerupakan ibu dengan 3 orang anak yang masih bersekolah. Suami beliau diserang stroke sejak 2 tahun lepas dan berada di hospital. Beliau tinggal Bersama ibu dan ayah di rumah milik ayahnya. Beliau menjalankan perniagaan kuuih muih di bazar sepanjang bulan Ramadhan.
4. MUDDAI BIN SARBANI – Penerima mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah. Adik iparnya juga tinggal Bersama keluarga ini. Beliau bekerja sendiri dengan mengambil upah mesin rumput.
5. NOR HAMSIAH BINTI SABRI – Penerima dan suami bekerja sebagai tukang masak di sebuah tahfiz. Mereka mempunyai 5 orang anak di mana 4 sedang bersekolah dan seorang yang masih kecil.
6. AMINUDDIN BIN MOHD HAMZAH – Penerima bekerja sebagai penggali kubur dan penoreh getah. Jumlah isi rumah keluarga ini adalah seramai 6 orang di mana 2 daripadanya masih bersekolah.